Bantuan tambahan buat warga WP diumum minggu depan

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bakal mengumumkan bantuan tambahan kepada rakyat termasuk peniaga pada minggu depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu sedang dalam penelitian akhir sebelum diumumkan.

Menurutnya, satu mesyuarat bersama Ketua Setiausaha KWP, Datuk Seri Rosida Jaafar dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah telah dibuat pada Jumaat bagi tujuan tersebut.

"Saya sedang lihat secara terperinci apa-apa lagi ruang yang boleh dibuat untuk bantu rakyat dalam Wilayah Persekutuan.

"Saya akan memperincikan bantuan-bantuan tambahan minggu depan. Selain itu KWP juga melaksanakan atau memperbaiki sistem penyampaian Pemerkasa yang telah diumumkan," katanya selepas meninjau Program Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 di Perumahan Awam Sri Sabah Bandar Tun Razak pada Sabtu.

Katanya, satu jawatankuasa dibentuk bagi melihat secara terperinci Pemerkasa untuk membantu pelaksanaannya.

"Dalam Pemerkasa itu banyak bantuan. Kita nak pastikan sistem penyampaian itu cepat dan efisien, tidak ada yang tertinggal.

"Di peringkat kita juga ada bantuan dan insentif sendiri termasuk moratorium tertentu buat peniaga kecil dan penjaja di Wilayah Persekutuan," katanya.

Artikel Berkaitan: