X

Kindly register in order to view this article
!

80 peratus peminjam tidak perlu moratorium pukal: Menteri Kewangan

Tengku Zafrul
A
A

SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menganggarkan lebih 80 peratus peminjam institusi perbankan di negara ini tidak memerlukan kemudahan moratorium pukal sebagaimana dituntut segelintir pihak ketika ini.

Jelas Tengku Zafrul, institusi perbankan tempatan juga sudah pun menyediakan bantuan bayaran balik bersasar kepada peminjam yang benar-benar memerlukan kelegaan moratorium daripada pihak bank.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak wajar dan bertanggungjawab bagi menanggung pelbagai risiko yang bakal dihadapi negara semata-mata demi memberi kemudahan moratorium pukal kepada setiap peminjam bank.

"Bayangkan, jika kerajaan semberono melaksanakan dasar yang populis dan memaksa komuniti perniagaan melakukan apa sahaja kemahuan kerajaan, bagaimana agaknya reaksi daripada pelabur? Pastinya ramai yang akan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran negara.

"(Langkah) Ini bukanlah satu pengurusan sumber yang cekap, sementelah kita dalam satu peperangan yang mungkin berlarutan dengan musuh yang boleh bermutasi di luar jangkaan sesiapa," katanya menerusi catatan penulisan kolum beliau disiarkan Sinar Harian secara eksklusif pada Sabtu.

Bantuan bayaran balik
Bantuan bayaran balik

Terdahulu, Tengku Zafrul mendedahkan kerajaan bakal menanggung kos pampasan tidak diperlukan sama sekali kepada institusi perbankan sekiranya bertekad mahu moratorium pukal diberikan kepada rakyat.

Mengulas bentuk risiko bakal dihadapi kerajaan sekiranya mahukan moratorium pukal dilaksanakan bank, Tengku Zafrul menjelaskan, langkah penggunaan kuasa darurat secara membabi-buta boleh mengakibatkan perubahan dan pembatalan kontrak berlaku di luar kawalan.

Ujarnya, peraturan undang-undang amat penting bagi membina asas dan membangunkan pasaran stabil supaya lebih ramai pihak berminat melibatkan diri dalam kegiatan membina kekayaan dan kemakmuran.

"Kegagalan menepati perjanjian antara pihak yang berurusan pasti akan meninggalkan kesan berpanjangan terhadap masa depan pelaburan dan perniagaan dalam negara.

"Semua ini juga boleh memudarat pasaran modal, mencetuskan pengaliran keluar dana yang boleh mengakibatkan kejatuhan mendadak nilai ringgit. Ini akan mengakibatkan peningkatan kos perniagaan dan faktor-faktor ini secara keseluruhannya akan mengakibatkan kesan jangka panjang yang serius.

"Sudahlah kita terpaksa menangani krisis kesihatan awam dan ekonomi, mengapa pula perlu dibebankan lagi dengan krisis perbankan dan kewangan?" luah beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: [EKSKLUSIF] Jangan guna belantan hanya untuk memukul nyamuk di badan

Moratorium pukal agenda populis berdasarkan pertimbangan sempit

'Saya lebih rela salur kos pampasan moratorium pukal untuk bantu rakyat'


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!