Tindakan terhadap golongan antivaksin wajar: Hamzah

Hamzah bercakap pada sidang media selepas melakukan pemantauan pematuhan sekatan pergerakan penuh di pusat membeli belah Mid Valley hari ini. - Foto Bernama
Hamzah bercakap pada sidang media selepas melakukan pemantauan pematuhan sekatan pergerakan penuh di pusat membeli belah Mid Valley hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan undang-undang wajar diambil terhadap golongan aktivaksin kerana terdapatnya kempen yang digerakkan bagi menghasut rakyat supaya menolak pengambilan vaksin Covid-19.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin sehubungan itu berkata, kerajaan kini dalam perancangan menggubal ordinan bagi mengambil tindakan terhadap golongan antivaksin tersebut.

Beliau berkata, walaupun buat masa ini kerajaan tidak boleh mengambil apa-apa tindakan, namun golongan antivaksin tidak sepatutnya menghasut orang ramai untuk menolak pengambilan vaksin Covid-19.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji untuk mengenakan tindakan terhadap golongan antivaksin. Kalau boleh, dijadikan akta ordinan pada kali ini,” katanya selepas membuat pemantauan bersama pelbagai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Midvalley Megamall di Bangsar di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, perbuatan golongan antivaksin menghasut rakyat akan menyebabkan kelewatan proses imuniti kelompok yang disasarkan kerajaan.

“Kalau mereka tidak mahu ambil vaksin, itu masalah mereka. Tapi mereka buat kempen untuk orang tidak ambil vaksin, itu jadi masalah kita. Kita hendak mencapai imunisasi berkelompok,” katanya.

Tambah beliau, golongan antivaksin itu juga akan memberi reputasi buruk terhadap kerajaan.

“Apabila mereka melakukan kempen seperti ini, golongan itu memberi perasaan yang tidak senang kepada rakyat seolah-olah banyak yang kerajaan buat tidak betul.

Artikel Berkaitan:

"Saya sebagai Menteri Dalam Negeri mahu memastikan penguatkuasaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ada," katanya.

ATIKEL BERKAITAN: Kerajaan kaji kenakan tindakan terhadap golongan antivaksin: PM