Nelayan Palu harap sinar baharu

No Image Caption
A
A
A
MAKASSAR - INDONESIA. Bagi komuniti nelayan, dua bulan berlindung di khemah sementara sememangnya sangat membosankan.

Ini kerana, sebelum bencana gempa dan tsunami itu berlaku, puluhan ketua keluarga yang tinggal di Kelurahan Mamboro Barat, Kecamatan Palu Utara, Kota Palu, Sulawesi Tengah adalah nelayan.

Laut menjadi sumber mereka mencari sumber pendapatan untuk menyara keluarga.

Namun, tsunami telah memusnahkan rumah mereka.

Di kem penempatan sementara di kawasan tinggi, tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan

Kini, mereka telah turun dari kawasan pergunungan tersebut dan mula membangunkan rumah papan di pesisir pantai yang mana beberapa rangka rumah telah didirikan.

"Kita tidak boleh terus berharap dengan bantuan. Jadi, kami membina sendiri pondok ini," kata Ambo.

Dia bernasib baik kerana tanah miliknya tidak tenggelam ke laut ketika rumahnya dibawa tsunami.

Haji Padju ,75, juga kembali membina rumah sementara untuk tempat berteduh isteri dan anak-anaknya.
Artikel Berkaitan:


"Apa yang kami boleh lakukan. Tidak dapat ke laut kerana bot musnah. Biasanya kami menangkap ikan dari daerah pantai barat dan kemudian ia dijemur di sini," ujarnya.

Beberapa hari tinggal di pesisir pantai, kumpulan nelayan itu sudah mula melakukan pelbagai aktiviti termasuk menjemur ikan yang diperoleh dari Kabupaten Donggala.

Namun, para nelayan masih belum ketahui sama ada aktiviti ekonomi boleh dijalankan di kawasan itu atau tidak memandangkan peta baharu Palu akan dikeluarkan pada bulan depan.

Menurut komuniti terbabit, mereka pasrah jika wilayah terbabit termasuk dalam zon merah atau kawasan tidak boleh menjalankan kegiatan ekonomi dan pertanian. - Kompas.com