PGA8 arah pegawai, anggota pakai dua lapis pelitup muka

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PASIR MAS - Setiap pegawai dan anggota Batalion Ke-8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) telah diarahkan supaya memakai dua lapis pelitup muka dan sarung tangan sejak pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Penolong Pegawai Pemerintah PGA8, Deputi Superintendan KK Ramesh berkata, ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini seperti kontak dengan mana-mana orang yang diperiksa khususnya pendatang tanpa izin.

“Kita tidak mahu ada anggota yang terjejas akibat dijangkiti dan langkah ini sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada dijangkiti kerana kita tidak tahu orang yang diperiksa itu negatif atau positif Covid-19.

“Anggota yang menjalankan tugasan di sekatan jalan raya biasanya banyak terdedah kepada jangkitan dan disebabkan itulah, soal keselamatan dan kesihatan anggota perlu dijaga,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kawalan di Pos Ibrahim Pencen, Rantau Panjang di sini pada Khamis.

Beliau berkata, sepanjang tempoh PGA8 mengawal sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan sejak 17 Mei hingga semalam, sebanyak 42 kes telah dicatatkan dengan nilai rampasan hampir RM800,000.

Dalam tempoh sama, seramai 39 individu turut ditahan selepas dikesan terlibat dalam kegiatan penyeludupan barangan kontraban, dadah dan penyeludupan migran.

"Data ini menunjukkan kegiatan jenayah rentas sempadan tetap berlaku walaupun negara sedang dilanda pandemik Covid-19," katanya sambil menambah PGA8 akan terus meningkatkan tahap pemantauan di sempadan negara terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: