TNG sedia ganjaran RM1,000 menerusi program eBelia

Ignatius Ong
Ignatius Ong
A
A
A

[DIKEMASKINI] KUMPULAN Touch ‘n Go (TNG) menerusi TNG eWallet menyediakan ganjaran lebih daripada RM1,000 kepada golongan muda yang layak menerima kredit e-tunai bernilai RM150 menerusi program eBelia.

Ganjaran itu disediakan kepada golongan yang berusia antara 18 hingga 20 tahun termasuk pelajar institusi pengajian tinggi yang layak.

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata, ganjaran itu terdiri daripada baucar bernilai RM600 daripada rakan kongsinya, Lazada dan baucar pulangan tunai dan diskaun bernilai sehingga RM400.

Katanya, baucar itu terdiri daripada 250 jenama termasuk pembelian dalam talian, runcit, makanan dan minuman serta pengangkutan.

“Rakyat Malaysia kini berhadapan dengan fasa yang mencabar dan kami bersama dengan kerajaan bukan sahaja untuk mengerakkan ekonomi negara menerusi pendigitalan tetapi memastikan generasi akan datang mendapat keuntungan melalui sokongan kewangan dan transaksi yang lebih selamat.

"Ibu bapa kepada golongan muda ini diminta menggalakkan anak mereka untuk membuat tuntutan dengan pihak kami supaya kami dapat memenuhi keperluan mereka.

"Kami mahu mereka tetap berada di rumah dan mendapat barang keperluan termasuk aplikasi di App Store dan Google Play menerusi belian dalam talian dengan kredit eBelia sebanyak RM150 ini.

"Menggunakan baucar atau memilih kami sebagai pilihan pembayaran yang selamat sekiranya mereka mahu membeli barang keperluan," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Program eBelia yang bermula pada 1 Jun hingga 31 Julai 2021 itu tidak boleh digunakan untuk membuat pembelian di luar negara.

Selain itu, pembayaran di dalam kedai boleh dilakukan dengan menggunakan kredit tersebut.

Bagaimanapun, kredit yang ada tidak boleh dipindahkan ke akaun eWallet yang lain dan tidak boleh digunakan untuk membayar bil, kad prabayar dan pascabayar sepanjang tempoh program tersebut.

Sehubungan itu, TNG eWallet meminta golongan muda untuk memuat turun aplikasi tersebut dan melengkapkan proses pengesahan akaun bagi mendapatkan wang dan ganjaran yang disediakan.

Pengguna boleh melawat laman web www.tngdigital.com.my/ebelia bagi mengetahui sama ada mereka memenuhi kriteria, ganjaran dan jenama yang menyertai program itu.