X

Kindly register in order to view this article
!

MITI lapor polis kes syarikat fotografi palsukan surat kebenaran

Mohamed Azmin Ali
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan membuat laporan polis berhubung surat kebenaran yang dipalsukan oleh sebuah syarikat menjalankan aktiviti fotografi mendakwa mendapat kelulusan pengoperasian melalui Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya telah mengenal pasti kes berkenaan dan hasil siasatan mendapati ia adalah surat kelulusan palsu.

"Kita dapat satu kes melibatkan syarikat terlibat dengan aktiviti fotografi yang sepatutnya tidak boleh beroperasi namun dia dakwa dia dapat surat kebenaran

"Hasil siasatan mendapati ia adalah palsu. Setiap surat kelulusan ada QR code dan ada beberapa data lain. Maka atas maklumat dan hasil siasatan yang dibuat, kita akan buat laporan polis kerana dia memalsukan dan memberikan imej yang tidak baik kepada sistem dan juga MITI," katanya dalam Taklimat Media Mengenai CIMS 3.0 di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut mengesahkan tindakan diambil membabitkan syarikat pengeluaran topi keledar yang beroperasi tanpa kebenaran.

"Syarikat itu didapati mendapat kelulusan untuk operasi menjual pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) namun hasil siasatan mendapati syarikat itu menjual topi keledar sektor yang tidak dibenarkan beroperasi.

"Kompaun berjumlah RM10,000 telah dikeluarkan dan arahan tutup operasi serta merta sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh telah dibuat,"katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!