Tujuh premis perniagaan di Puncak Alam, Saujana Utama diarah tutup

Rahilah (kanan) membuat pemeriksaan di sebuah pasar raya di Puncak Alam, Kuala Selangor pada Khamis.
Rahilah (kanan) membuat pemeriksaan di sebuah pasar raya di Puncak Alam, Kuala Selangor pada Khamis.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Sebanyak tujuh premis di Puncak Alam dan Saujana Utama, di sini diarahkan tutup serta-merta kerana tidak termasuk di dalam perkhidmatan yang dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Rahilah Rahmat berkata, operasi pada jam 8 pagi itu mengarahkan penutupan membabitkan premis perniagaan kelengkapan rumah, kedai kosmetik dan kedai vape.

Menurutnya, pemantauan turut meliputi kawasan pasar raya dan sebanyak tiga amaran lisan diberikan kepada pasar raya terbabit untuk meningkatkan kawalan serta mengurangkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa.

"Dalam operasi tersebut, satu kompaun dikenakan terhadap seorang warga asing yang tidak mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

"MDKS menggesa orang ramai dan pemilik perniagaan untuk sentiasa peka dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bersama-sama memutuskan rangkaian Covid-19," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: