BDB sumbang peralatan perubatan kepada hospital

Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah, Wan Ahmad Fazli Wan Kamis (kanan) bersama-sama petugas barisan hadapan Hospital Sultanah Bahiyah menunjukkan peralatan perubatan yang diterima daripada Kumpulan BDB. - Foto BDB
Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Sultanah Bahiyah, Wan Ahmad Fazli Wan Kamis (kanan) bersama-sama petugas barisan hadapan Hospital Sultanah Bahiyah menunjukkan peralatan perubatan yang diterima daripada Kumpulan BDB. - Foto BDB
A
A
A

ALOR SETAR - Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) menyalurkan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM81,000 kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi membantu merawat pesakit Covid-19 di negeri ini.

Anak syarikat kerajaan negeri Kedah itu berkata, sumbangan tersebut melibatkan 10 buah 'infusion pump' dan juga 10 buah 'syringe pump' yang mana merupakan peralatan yang amat diperlukan di unit rawatan rapi (ICU) HSB pada ketika ini.

“Kumpulan BDB memandang serius situasi semasa pandemik Covid-19 di Kedah dan pihak syarikat terpanggil untuk turut serta membantu meringankan beban petugas barisan hadapan yang sedang merawat dan menyelamatkan nyawa rakyat di negeri ini.

“Ini merupakan antara inisiatif Kumpulan BDB bagi membantu para petugas barisan hadapan. Sumbangan peralatan perubatan ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan beban pihak hospital,” kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sumbangan peralatan perubatan berkenaan telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Zaiton Udin.

Tambah BDB lagi, pada tahun 2020, syarikat itu turut menyumbangkan lebih RM180,000 bagi membantu petugas barisan hadapan dan juga kerajaan negeri menangani wabak Covid-19 di negeri ini.

"Sumbangan tersebut termasuk menyediakan juadah makanan dan juga pelitup muka kepada para petugas barisan hadapan di sekitar daerah Kota Setar dan Kubang Pasu dan juga sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan melalui kerajaan negeri Kedah," ujarnya.

Menurutnya, Kumpulan BDB akan terus bersama-sama dalam membantu para petugas barisan hadapan dan juga kerajaan dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang masih menghantui negara.

Artikel Berkaitan:

“Para petugas barisan hadapan ketika ini sedang berusaha sedaya upaya merawat dan menangani wabak Covid-19 dengan sebaik mungkin dan mereka memerlukan sokongan seluruh rakyat untuk bersama-sama mengawal penularan wabak berkenaan.

“Untuk itu Kumpulan BDB menyeru seluruh rakyat negeri Kedah khasnya dan Malaysia amnya untuk bersama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha melandaikan lengkung kes jangkitan Covid-19 di negara ini,” jelasnya.