"Saya dah tutup pintu depan tapi...", status Ismail Sabri curi tumpuan

SHAH ALAM - Kemas kini status Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di laman Instagramnya beberapa jam lalu mencuri perhatian pengguna alam maya.
Melalui hantaran tersebut, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera menulis "Saya dah tutup pintu depan tapi..." yang turut disertakan dengan emoji sedih di laman sosial beliau itu.
Hantaran tersebut yang turut disertakan sekeping gambar beliau menutup pintu pejabat menteri turut mencetuskan perbualan hangat di media sosial.
Walaupun status tersebut tidak dijelaskan secara terperinci, ramai warganet mendoakan, memberi sokongan dan meminta Ismail Sabri tabah berdepan dengan tugas beliau.Sesetengahnya pula dilihat seolah-olah mengaitkan status tersebut dengan isu pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan susulan pengumuman kerajaan berhubung Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan berkuat kuasa pada Selasa.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut menerima lebih 22,000 sukaan di Instagramnya.
Sebelum ini, Ismail Sabri turut mendapat perhatian warganet dengan pakaian dipakai beliau setiap kali muncul di sidang media.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -PRN Melaka: Sistem OCR-VA tidak jejas kerahsiaan, masa mengundi - SPR
13 November 2026 11:54amMalaysia perkukuh sistem kehakiman harta intelek hadapi cabaran era digital
13 November 2026 11:47amTambah non-lethal weapon berdepan situasi berisiko
13 November 2026 09:20amMalaysia kini dipandang baik pada peringkat antarabangsa - Anwar
13 November 2026 12:11amAnthony kekal dengan pendirian letak jawatan
12 November 2026 11:53pmDr Fie mengakui dirinya tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan mempunyai banyak kekurangan.Isu komen gaji tertunggak, Dr Fie tampil mohon maaf
12 November 2026 08:45pm[VIDEO] 'Pencen Najib dihentikan, kemudahan lain masih lagi boleh' - Saifuddin Nasution
12 November 2026 01:20pmPegawai polis disamun empat warga Pakistan bersenjata tajam
12 November 2026 06:44pmSuami isteri ditemui maut berpelukan dalam kolam kumbahan
12 November 2026 09:52pm- Iklan -- Iklan -
