Dah dua bulan Nicky, Sajat ghaib

Sajat (kiri). Gambar kanan: Nicky Liow Soon Hee
Sajat (kiri). Gambar kanan: Nicky Liow Soon Hee
A
A
A

PEJAM celik, pejam celik sudah lebih dua bulan rupanya masa berjalan.

Sehingga kini nampaknya masih belum ada kelibat dan khabar angin baik penjenayah, Nicky Liow mahu pun usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat.

Merak Jalanan masih duk tunggu-tunggu juga apa kisahnya dua individu kontroversi buruan pihak berkuasa ini.

Seingat Merak Jalanan, secara kebetulan kedua-dua mereka dicari pihak berkuasa sekitar penghujung Mac lalu.

Memang ribut jugalah Malaysia ketika itu. Nicky dikejar kerana dipercayai scammer nombor satu Malaysia yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit daripada aktiviti haramnya.

Kira habis lumpuh jugalah Geng Nicky ini apabila polis dah tangkap bukan sahaja konco-konconya bahkan pengkhianat dalam pasukan berkuasa yang telah melindungi Nicky selama ini.

Namun sayangnya, Nicky yang bergelar ‘Datuk Ser’i masih lolos. Sehingga kini Merak Jalanan masih teringat-ingat foto Nicky bergambar dengan timbunan wang tunai.

Cuma Merak Jalanan berharap satu hari nanti dapat melihat pula foto tangannya bergari. Berlainan pula dengan Sajat, sebetulnya dia bukanlah diburu kerana perbuatan jenayah.

Artikel Berkaitan:

Namun, tindakannya yang menghina Islam memakan diri apabila dikenakan waran tangkap apabila turut tidak hadir ke mahkamah.

Macam-macam jugalah kisah dalam pemburuan Sajat ini. Ada yang kata Sajat dah berjaya lari sempadan, ada yang kata di Johor dan ada yang kata Sajat dah ubah rupa.

Baik Nicky mahupun Sajat, Merak Jalanan berharap fail kes mereka tidak akan ditutup begitu sahaja. Mereka wajar dikemukakan ke mahkamah untuk keadilan kepada mangsa dan maruah agama, selain peluang untuk mereka sendiri membela diri.

Tapi tak perlu nak hairan sebab sampai sekarang pun seorang lagi individu, Jho Low masih tidak berjaya ditemui!