Pembekal tempatan henti beli lembu dari Thailand

Harkki menunjukkan antara lembu yang dipelihara di ladang syarikatnya di Rantau Panjang.
Harkki menunjukkan antara lembu yang dipelihara di ladang syarikatnya di Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Syarikat Ladang Lembu Kelantan (HBA Farm) mengesahkan pihaknya sudah menghentikan import lembu dari Thailand susulan penularan penyakit kulit berbonjol di negara jiran itu.

Pengurusnya, Harkki Ahmed berkata, sejak penularan wabak berkenaan dikesan, kerajaan Thailand juga sudah menghentikan eksport lembu ke luar negara.

“Ketika ini kita bergantung sepenuhnya kepada bekalan lembu daripada penternak tempatan bagi memenuhi permintaan pasaran di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Beliau bagaimanapun berkata, sebelum membeli lembu-lembu tempatan itu, pihaknya membuat pemeriksaan terlebih dahulu ke atas haiwan tersebut sebagai langkah keselamatan.

Menurutnya, sekiranya ada tanda-tanda jangkitan pada haiwan ternakan berkenaan, pihak syarikat tidak akan membuat pembelian.

“Setakat ini, tiada jangkitan penyakit itu dikesan ke atas lembu-lembu tempatan,” jelas beliau.

Selain itu, Harkki berkata, pihaknya sentiasa membuat sanitasi secara berkala bagi memastikan ladang lembu dimiliki bebas daripada sebarang wabak penyakit.

“Ia termasuk memantau kenderaan yang keluar masuk ke kawasan ladang bagi memastikan semuanya bebas daripada sebarang wabak,” katanya.

Artikel Berkaitan: