Negeri mana ‘juara’ kluster raya?

Kluster raya mula dikesan pada 25 Mei lepas iaitu 14 hari selepas umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri.
Kluster raya mula dikesan pada 25 Mei lepas iaitu 14 hari selepas umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri.
A
A
A

[INFOGRAFIK] Seperti yang dijangka, sambutan Aidilfitri tahun ini telah mencetuskan kluster raya ekoran terdapat segelintir rakyat yang ingkar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditetapkan oleh kerajaan.

Akibatnya, kluster tersebut telah menyumbang kepada pertambahan kes jangkitan harian yang membimbangkan sehingga mencecah ke angka 9,000 pada 29 Mei lepas.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan 26 kluster baharu membabitkan 1,019 individu positif Covid-19 akibat aktiviti ziarah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan kadar positiviti 25.1 peratus.

Daripada jumlah kes tersebut, dua kematian telah dilaporkan dan satu kes sedang mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU), katanya.

Tambahnya, negeri tertinggi mencatatkan bilangan kluster raya itu ialah Sabah dengan tujuh kluster (26.9 peratus) dan diikuti Kelantan dengan lima kluster (19.2 peratus).

Kluster raya itu tidak hanya berlaku di sesetengah lokaliti sahaja, sebaliknya wujud di seluruh negara melibatkan hampir semua negeri.

Menurut Dr Noor Hisham, kluster raya mula dikesan pada 25 Mei lepas iaitu 14 hari selepas umat Islam di negara ini menyambut Aidilfitri pada 13 Mei.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebanyak 12 kluster komuniti (sub-kluster hari raya) dikesan di tujuh buah negeri melibatkan 470 kes positif Covid-19.

Seperti yang dijangka, jumlah kes dan kluster itu terus bertambah sehingga membabitkan lebih banyak negeri dan daerah.

Susulan itu, kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh bermula selepas melihat jumlah jangkitan harian yang membimbangkan sejak minggu lepas.