Sila log masuk terlebih dahulu.

Sambutan Aidilfitri suram sejak hilang dua anak serentak akibat kemalangan

24 April 2023 | VIDEO
A
A
A

BERITA SEMASA 24 APRIL 2023

Aidilfitri kali ini disambut suram seorang suri rumah, Esma Eazreen Husin, 42, dan keluarganya dari Kemendor di Jasin, Melaka selepas kehilangan dua anak serentak akibat kemalangan jalan raya pada Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian Nor Farhana Yaacob.

Biarpun sudah empat bulan Allahyarham Nurul Fatihah, 21 dan Hijjaz Kasturi Ramli, 19, pergi menghadap Ilahi, namun ingatan terhadap mereka berdua tidak pernah padam.

Ibu kepada lima anak itu berkata, kenangan bersama kedua-dua arwah sentiasa bermain dalam ingatan dan merasakan seolah-olah insiden yang meragut nyawa kedua-dua anaknya itu baharu sahaja berlaku.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com