Pasport Shafee dikembalikan sementara

Muhammad Shafee
Muhammad Shafee
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mendapatkan semula pasportnya yang diserahkan di mahkamah.

Pasport milik peguam itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah selepas beliau menghadapi dua tuduhan pengubahan wang haram dan dua tuduhan mengemukakan penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam Rahmat Hazlan memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah, anak guamnya perlu ke luar negara kerana perlu mengendalikan satu kes jenayah di Sydney Australia yang akan berlangsung daripada 22 hingga 25 Februari ini.

Rahmat berkata, anak guamnya juga akan ke Jakarta, Indonesia pada 1 hingga 3 Mac depan.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan peguam itu.

Pada 13 September tahun lalu, Muhammad Shafee didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta.

Peguam itu juga didakwa mengemukakan penyata tidak betul kepada LHDN yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Artikel Berkaitan: