Agong zahir ucapan Selamat Ulang Tahun TUDM Ke-63

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-63 kepada seluruh warga, veteran serta yang pernah berkhidmat bersama TUDM. -Foto Facebook Istana Negara

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Ke-63 kepada seluruh warga, veteran serta yang pernah berkhidmat bersama TUDM.

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa jasa, khidmat dan bakti TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan ruang angkasa negara amat dihargai dan disanjungi.

“Semoga TUDM terus mengorak langkah sebagai satu ketumbukan udara yang moden dalam mempertahankan kedaulatan ruang angkasa negara serta menjadi sebuah angkatan udara yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

“TUDM Mampan, Ruang Angkasa Aman. Syabas dan tahniah,” titah Seri Paduka Baginda seperti dikongsi menerusi catatan di Facebook Istana Negara pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: