Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Bomba Sedunia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat Hari Bomba Sedunia yang disambut hari ini.

Turut menzahirkan ucapan itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Poster ucapan Seri Paduka berdua dimuat naik di Facebook Istana Negara.

Hari Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun dengan tema sambutan kali ini ialah "Bomba Tonggak Penyelamatan Negara”. - Bernama