Pencapaian vivo dalam pasaran telefon pintar di Malaysia

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - vivo Malaysia berjaya memperoleh gelaran terbaharu sebagai "Vendor Telefon Pintar Teratas di Malaysia" untuk Q2 dan Q4 tahun 2020.

Mengukir namanya sebagai salah satu jenama yang menyaksikan pertumbuhan yang mantap dan konsisten, vivo Malaysia mencatatkan peningkatan 25 peratus bahagian penghantaran dan 21 peratus perkongsian pasaran di Malaysia pada Q4 2020, berdasarkan laporan Canalys.

Meraikan ulang tahun ke-7 di pasaran tempatan, usahawan selebriti, Jeff Chin mengambil kesempatan untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu, dan Pengarah Pemasaran Kanan vivo Asia Tenggara, Brandon Lim, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang menjadi faktor pencapaian vivo.

Melalui tiga episod dalam siri video, Jeff berusaha untuk mendapatkan pandangan berharga mengenai perkembangan vivo di Malaysia dan bagaimana ia terus berada di kedudukan hadapan dalam kejuruteraan peranti inovatif yang memenuhi permintaan pengguna dan pelanggan.

vivo prihatin dan hargai pekerjanya

Dalam sesi wawancara tersebut, Mike memberitahu pengiktirafan yang diterima adalah hasil sokongan dan dorongan pekerja vivo tanpa henti kepada jenama syarikat itu.

Mike turut menekankan bagaimana vivo mengutamakan pekerjanya dan bagaimana kecintaan terhadap jenama adalah kriteria utama bagi setiap pekerjanya. Pasukan vivo Malaysia telah berkembang dari sembilan orang pekerja dengan lebihi 5,000 peniaga di seluruh Malaysia yang perlu berdepan kira-kira dua juta pengguna setiap tahun.

"Di vivo, kami bersyukur tidak hanya mendapat kepercayaan dari pelanggan kami, tetapi juga sokongan dari pekerja, rakan kongsi dan peniaga kami. Dengan ini, vivo terus berusaha untuk menyampaikan produk yang asli, berkualiti dan mesra pengguna bagi memenuhi kehendak pelanggan, ”kata Mike.

Artikel Berkaitan:

Pemikiran ‘dahulukan pelanggan’ menjadi keutamaan

Dalam video tersebut, Brandon menguraikan pola pemikiran ‘dahulukan pelanggan’ yang telah membentuk cara kerja vivo. Ini merangkumi bagaimana telefon pintar itu meningkatkan gaya hidup digital penggunanya dan membolehkan mereka meneroka keindahan yang ditawarkan oleh kehidupan.

Menurutnya, fokus utama vivo adalah memberikan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan, sama ada telefon pintar dengan keupayaan fotografi yang mengagumkan untuk merakam detik-detik terbaik dalam hidup atau kemunculan yang inovatif.

"Adalah menjadi kepercayaan vivo bahawa teknologi tidak boleh rumit dan harus berfungsi sebagai alat untuk membantu pelanggan kami menjalani kehidupan yang lebih baik yang merangkumi janji jenama kami iaitu "Joy of Humanity".

“Salah satu cara agar vivo tetap berdaya saing sebagai jenama yang terus kekal relevan ialah mendengar apa yang diinginkan oleh pelanggan kami, termasuk pencabaran dan aspirasi mereka dalam kehidupan menjadikan kami lebih mampu merancang produk yang dapat membantu mereka mencapai hasil yang diinginkan,”kata Brandon.

No Image Caption

Inovasi menjadi teras vivo

Dengan pelancaran vivo V21 5G edisi eksklusif pada 27 Mei, ia hadir ketika kerajaan mengumumkan MyDigital Blueprint pada awal tahun ini untuk pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.

Ketika negara ke arah 5G, vivo telah menggerakkan rangkaian peranti utamanya dengan kemampuan 5G, termasuk siri vivo X60 dan vivo V21 5G edisi eksklusif yang baru dilancarkan.Kemajuan yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati 5G di hujung jari mereka, kemunculan edisi eksklusif vivo V21 5G akan memastikan pengalaman penyambungan yang lebih lancar, lebih cekap, dan lebih kuat untuk melayari hiburan mudah alih melalui teknologi 5G inovatif vivo.

Peranti ini sesuai untuk pengguna yang mahukan telefon pintar masa depan yang juga mencerminkan kemajuan utama vivo dalam penyelidikan dan perkembangan dalam teknologi 5G.

Sehingga Februari 2021, vivo telah memohon lebih dari 2,000 paten penemuan 5G dan mengemukakan lebih dari 5,000 cadangan 5G kepada organisasi pembangunan standard telekomunikasi Projek Perkongsian Generasi ke-3 (3GPP).

vivo juga telah memulakan penyelidikan dan penerokaan 6G yang diharapkan akan dilancarkan pada tahun 2030,Malaysia kini juga bergerak menuju peluncuran 5G dimana pengguna beralih ke peranti berkemampuan 4G / 5G. vivo juga bersedia untuk revolusi ini untuk menyokong rakyat Malaysia dengan peranti yang seterusnya.

Telefon 5G dwi-mod yang menggabungkan teknologi antena 5G proprietari, yang lebih kuat dan lebih stabil daripada telefon 5G mod tunggal. Sambungan 5G yang sangat pantas membolehkan pengguna menikmati streaming langsung 4K UHD dan permainan intensif CPU juga.

Vivo V21 5G edisi eksklusif kini tersedia di Malaysiapada harga RM1,899. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai siri vivo V21 yang terbaharu, boleh lawati laman web rasmi vivo atau Facebook dan Instagram vivo Malaysia.

E-store: http://bit.ly/V21KOLUnboxing

Lazada: http://bit.ly/LazadaV21SeriesUnboxing

Shopee: http://bit.ly/vivoV21Shopee

Untuk melihat siri video tiga bahagian yang memaparkan Mike Xu dan Brandon Lim, anda juga boleh lawati halaman Facebook vivo Malaysia.