X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Rakyat tidak dibenarkan pilih jenis vaksin Covid-19

Khairy Jamaluddin ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad. Foto - Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan tidak membenarkan rakyat di negara ini memilih jenis vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keputusan tersebut dibuat bertujuan mempercepatkan proses pemberian vaksin.

“Memang (sebelum ini) kita berfikir untuk memberi pilihan (jenis vaksin) tetapi buat masa ini kita mengutamakan untuk mempercepatkan proses pemberian vaksin. Sekiranya diberikan pilihan, ia akan melambatkan (proses vaksinasi).

“Keutamaan sekarang ialah meningkatkan jumlah vaksinasi. Jadi kita akan beri apa yang kita ada," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Ahad.

Pada Khamis, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa orang ramai berkemungkinan boleh memilih untuk menerima vaksin Covid-19 yang dikehendaki menerusi kemudahan yang akan dilaksanakan di aplikasi MySejahtera dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang meneliti perkara tersebut dengan turut melihat kepada penambahbaikan aplikasi itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!