Hujan renyai iringi pengebumian Tan Sri Harussani

Van jenazah yang membawa Allahyarham keluar dari pekarangan HRPB menuju ke tanah perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya di sini pada Ahad.
Van jenazah yang membawa Allahyarham keluar dari pekarangan HRPB menuju ke tanah perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya di sini pada Ahad.
A
A
A

IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya kira-kira jam 6.20 petang pada Ahad.

Sebelum jenazah tiba, hujan renyai mula membasahi kawasan sekitar tanah perkuburan berkenaan.

Pada jam 5.55 petang, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),menuju ke tanah perkuburan di sini sambil diiringi ahli keluarga.

Petugas media dan orang ramai hanya dibenar untuk melihat upacara pengebumian tersebut dari jarak kira-kira 200 meter dari tanah perkuburan dengan kawalan ketat anggota polis.

Turut kelihatan di tanah perkuburan tersebut, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim.

Jenazah dikebumikan oleh beberapa individu yang berpakaian alat pelindung peribadi (PPE).

Sementara itu, Jabatan Mufti Perak menganjurkan solat jenazah ghaib di rumah masing-masing selepas solat Maghrib pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Mufti Perak meninggal dunia

Terdahulu Harussani meninggal dunia di HRPB di sini pada jam 2.45 petang pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham yang disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Harussani, 82, dilahirkan pada 8 April 1939 di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar. Beliau meninggalkan seorang isteri Puan Sri Ainon Abdul Ghani dan empat orang anak.

Beliau mula dilantik sebagai Mufti Perak pada tahun 1985 dan merupakan antara Mufti Perak yang paling lama berkhidmat di negeri ini.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran dan Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Di peringkat negeri pula, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak, Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan beberapa lagi jawatan lain.

Sepanjang perkhidmatan, Harussani telah menghasilkan beberapa kertas kerja, buku dan risalah berkaitan agama Islam.

Pada 23 Ogos 2020, Allahyarham dimasukkan ke sebuah hospital swasta selepas diserang angin ahmar.

Bagaimanapun pada 19 Mei lalu, Harussani disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Raja Permasuri Bainun (HRPB).

Profil

Nama: Tan Sri Harussani

Zakaria

Jawatan: Mufti Perak

Tarikh lahir: 8 April 1939

Tempat lahir: Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar

Kelulusan akademik

1. Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya

2. Diploma Pendidikan

3. Sekolah Melayu Kg. Kedah, Pt Buntar, Perak

4. Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak

5. Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak 1956 – 1959

6. Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor 1959 – 1960

7. Kolej Islam Malaya Klang, Selangor 1960 – 1964

Perkhidmatan

1964 – 1967: Cawangan Khas

1967 – 1973: Kadi

1968 – 1978: Pensyarah Sambilan

1970 – 1984: Pensyarah Sambilan

1973 – 1985: Kadi Besar

1985 – kini: Mufti Kerajaan Negeri Perak

Penglibatan di peringkat negeri Perak

1. Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Darul Ridzuan, dari

Oktober 2000 hingga kini.

2. Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan.

3. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Perak

4. Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

5. Ahli Lembaga Pengarah IDC Urus Ladang Sdn. Bhd. (Anak Syarikat Perbadanan

Kemajuan Ekonomi Islam Perak) Perak Darul Ridzuan

6. Ahli Lembaga Pengarah IDC Niaga Sdn. Bhd. (Anak Syarikat PKEINPk)

7. Pengerusi Jawatankuasa Khas Penyelaras Dakwah dan Pembelajaran Negeri

8. Ahli Dewan Negara Negeri Perak

9. Ahli Tetap Lembaga Pengarah Kolej Islam Darul Ridzuan

10. Ahli Jawatankuasa Majlis Keutuhan Negeri Perak Darul Ridzuan.

11. Ahli Jawatankuasa Penggubalan Undang-undang Syariah Negeri Perak

12. Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak.

13. Ahli Jawatankuasa Penerimaan Peguam Syarie.

14. Ahli Jawatankuasa Pembentukan Pelan Strategik Pendidikan Islam.

15. Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Ahli-ahli Jawatankuasa Kariah Masjid dan

Pegawai-pegawai Masjid.

Penglibatan di peringkat Persekutuan

1. Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam.

2. Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran (KKDN – Timbalan Pengerusi).

3. Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan M’sia

4. Ahli Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

5. Majlis Penasihat Syariah E-Tiqa Sdn Bhd

6. Pengerusi Lembaga Pengelola Kolej UNISMA

7. Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah SME Bank Berhad

8. Ahli Majlis Pengawasan AmanahRaya Berhad

9. Ahli Majlis Penasihat Kumpulan Maybank

10. Ahli Panel Penasihat Syariah Permodalan Nasional Bhd

11. Ahli Majlis Universiti Islam Malaysia (UIM)

Bintang kebesaran dan anugerah

Pingat / Anugerah Tahun Terima Penganugerah

1. Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Islam (membawa gelaran Dr) 2010 Sempena Istiadat Konvokesyen Ke 12 Universiti Pendidikan Sultan Idris

2. Panglima Setia Mahkota (PSM –membawa gelaran Tan Sri) 2009 Sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong

3. Darjah Kebesaran Dato’ Seri Azlan (DSA) 2009 Sempena Sambutan Perayaan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Perak

4. Tokoh Maal Hijrah 1429 2008 Sempena Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat Kebangsaan

5. Darjah Kehormat Doktor Syariah (Membawa gelaran Dr) 2001 Tuanku Canselor Universiti

Malaya, DYMM Paduka Seri Sultan Perak

6. Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP –membawa gelaran Dato’ Seri) 1999 DYMM Paduka Seri Sultan Perak

7. Jaksa Setia Mahkota (JSM) 1994 DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong

8. Darjah Paduka Mahkota Perak (DPMP – membawa gelaran Dato’) 1986 DYMM Paduka Seri Sultan Perak

9. Ahli Mangku Negara (AMN) 1978 Kerajaan Negeri Pulau Pinang

10. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) 1976 Kerajaan Negeri Pulau Pinang

11. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 1975 Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Penulisan/ pembentangan

Kertas kerja

1. Siapa kita

2. Kesantunan Yang Mulia

3. Kerja Sebagai Aktiviti Ibadat

4. Peranan Da’i Menuju Ke Wawasan 2020

5. Kontrasepsi dan Perancang Keluarga

6. Islam Pada Pandangan Orang Bukan Islam Di Malaysia

7. Zakat Membawa Berkat Mensyukuri Ne’mat

8. Baitul Mal, Zakat dan Wakaf: Hukum dan Pelaksanaan

9. Islam dan Cabarannya Masa Kini

10. Dakwah Masa Kini dan Cabaran

11. Penerapan Nilai-Nilai Islam

12. Pemindahan Ginjal

13. Peranan dan Tanggungjawab Ulama’

Buku-buku

1. Irsyad Hukum (Menyentuh Persoalan Semasa)

2. Muammalah Hidup Islam – (Kompilasi 13 Tajuk kertas kerja) - 1996

Risalah-risalah

1. Syaitan Musuh Insan. Tahun (4) Siri (17) 1398/1978

2. Hukum-Hukum Perkahwinan - 1999

3. Amalan Di Bulan Ramadhan Mengikut Al-Quran dan As Sunnah - 1998

4. Rukyah Dan Hisab - 2000

5. Ibadah Qurban - 1999