Tiga taman perumahan di Sabak Bernam dikenakan PKPD

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman (tiga depan dari kanan) menyampaikan sumbangan barangan keperluan daripada kerajaan negeri kepada Amri (dua depan dari kiri) di Pusat Kawalan Operasi Bencana Yaman Pertama di sini pada Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Ahmad Mustain Othman (tiga depan dari kanan) menyampaikan sumbangan barangan keperluan daripada kerajaan negeri kepada Amri (dua depan dari kiri) di Pusat Kawalan Operasi Bencana Yaman Pertama di sini pada Ahad.
A
A
A

SABAK BERNAM - Tiga taman perumahan di daerah Sabak Bernam dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sabak Bernam, Amri Ismail berkata, tiga taman itu ialah Taman Pertama, Taman Serendah dan Taman Prima.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD selama 14 hari sehingga 12 Jun itu bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pengesanan dan mengawal pergerakan penduduk.

"Kita telah membuat penilaian risiko membabitkan pelbagai agensi dan dengan nasihat daripada KKM kerajaan bersetuju melaksnaakan PKPD di tiga taman berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Operasi Bencana Yaman Pertama di sini pada Ahad.

Amri yang juga Pegawai Daerah Sabak Bernam berkata, sebanyak 135 kes positif Covid-19 dicatatkan daripada 2,538 saringan yang dijalankan sehingga Sabtu.

"Tiga taman perumahan ini terletak di lokaliti berhampiran dengan sebanyak dua kes positif Covid-19 dicatatkan di Taman Serendah manakala selebihnya di Taman Pertama dan tiada kes di Taman Prima," katanya.

Beliau memberitahu, sepanjang tempoh itu, satu kes kematian positif Covid-19 dicatatkan di salah sebuah taman perumahan itu membabitkan seorang warga emas yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau memberitahu, berdasarkan bancian Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) mendapati seramai 876 isi rumah menetap di tiga taman perumahan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Kebanyakan mereka bekerja kerajaan seperti kakitangan hospital, institusi pendidikan dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam," katanya.

Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Sabak Bernam, Dr A L Liza Abd Latip berkata, seramai 2,900 individu di tiga taman perumahan terbabit sudah menjalani ujian saringan Covid-19 sehingga Sabtu.

Katanya, pihaknya menyasarkan membuat saringan kepada 1,500 individu lain dalam waktu terdekat.

"Kita menyediakan dua pusat saringan iaitu di Surau Taman Pertama dan Padang Taman Serendah," katanya.