Dua minggu jual 40 tan pelbagai jenis buah

Mohd Idris (kiri) melayan pelanggan pada JTDL di Kuantan Parade.
Mohd Idris (kiri) melayan pelanggan pada JTDL di Kuantan Parade.
A
A
A

KUANTAN - Sebanyak 40 tan buah nanas jenis Milie Dilard 2 (MD2), jagung madu dan mangga susu telah dijual pada program jualan terus dari ladang (JTDL) ke pasaraya di Kuantan Parade, di sini.

Peniaga buah, Mohd Idris Ismail, 33, berkata, dia tidak menyangka jumlah sebanyak itu berjaya dipasarkan sejak dua minggu program terbabit berlangsung di situ.

Menurutnya, selain nangka madu jenis J33 dan Rock Melon keluaran petani Kuala Medang, Lipis, dia juga menjual jambu dan belimbing.

“Dua kaedah jualan dilakukan iaitu buah segar dan buah potong. Buah potong yang sedia di makan dengan harga RM3 hingga RM5 sebekas.

“Hasil jualan memang lumayan orang ramai bukan saja beli buah potong tetapi turut membeli buah segar untuk dibawa pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui pada program JTDL, semalam.

Mohd Idris turut memasarkan lebih 250 nanas jambul lebih daripada satu yang digunakan untuk upacara keagamaan.

Menurutnya, nanas terbabit mendapat perhatian pembeli di pasar jualan terus sehingga bekalan yang dibawanya habis.

Dalam pada itu, dia berkata, walaupun kadar sewa yang dikenakan pada peniaga agak tinggi namun keuntungan hasil jualan masih lagi dapat menampung modal dikeluarkan.

Artikel Berkaitan:

“Sewa tinggi tak jadi halangan. Saya jual dengan harga berpatutan contohnya nanas MD2 dijual dengan harga RM5 hingga RM6,” katanya.