Polis sahkan Khairuddin diperiksa di SJR Perasing

Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Polis mengesahkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali diperiksa ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Perasing di Kemaman pada 16 Mei lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, siasatan lanjut kini dijalankan termasuk dakwaan dan maklumat tular melibatkan Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

"Beliau ada diperiksa ketika melalui SJR itu pada 16 Mei lalu dan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman sedang melakukan siasatan berhubung kes ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Dalam pada itu katanya, siasatan penuh akan dilakukan termasuk semua mesej berangkai yang ditularkan sejak Rabu bagi merungkai khabar angin dan dakwaan yang tersebar.

Rabu lalu tular maklumat menerusi aplikasi WhatsApp berhubung penahanan Mohd Khairuddin di SJR Perasing.

Artikel Berkaitan: