X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan digesa umum segera bantuan untuk rakyat

Gambar dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh, Aminolhuda Hassan, Liew Chin Tong
A
A

JOHOR BAHRU- Pakatan Harapan (PH) Johor mendesak agar kerajaan mengumumkan segera pakej rangsangan ekonomi seperti bantuan kewangan dan moratorium untuk rakyat bagi membantu golongan yang menerima kesan besar berikutan pelaksanaan 'lockdown'.

PH Johor dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Pengerusinya, Aminolhuda Hassan dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Syed Ibrahim Syed Noh serta Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor, Liew Chin Tong turut melahirkan kebimbangan jika 'lockdown' tidak diuruskan dengan baik dan teliti.

"PH Johor bimbang kesan dari pelaksanaan 'total lockdown' ini akan menambah derita rakyat, ekonomi menjadi parah, pendidikan anak-anak terus dimangsakan dan kehidupan sosial rakyat tidak kembali pulih seperti sediakala.

"Jadi, kita harapkan pengumuman ini mestilah disusuli dengan jaminan komitmen oleh Kerajaan Persekutuan," menurut kenyataan itu.

PH Johor turut bimbang dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 yang kian menghampiri lima angka dan mengharapkan peningkatan kadar saringan Covid-19.

Ia seterusnya dapat memastikan angka jangkitan sebenar dapat memandu langkah pencegahan yang lebih berkesan.

"Usaha 'contact tracing' juga perlu dipergiatkan bagi memastikan gerak kerja menghentikan rantaian jangkitan penularan wabak Covid-19 dapat benar-benar dikenalpasti, seterusnya dihentikan.

"Dari langkah saringan dan 'contact tracing' secara besar-besaran ini, pengarahan kuarantin yang lebih bersasar boleh diperketatkan.

"Kita juga mengharapkan kerajaan menyegerakan dan mendahulukan usaha vaksinasi di kalangan rakyat berpandukan maklumat dan data khususnya kepada kelompok sasar dan lokaliti berisiko tinggi," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!