Jalan Tun Razak menghala Bulatan Kampung Pandan ditutup hingga 31 Ogos

A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa laluan susur masuk dari Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Kampung Pandan akan ditutup bermula Isnin depan sehingga 31 Ogos.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu untuk memberi laluan pembinaan terowong dan jalan atas terowong menghubungkan Tun Razak Exchange (TREC) dengan jalan tersebut.

Sehubungan itu, semua trafik dari arah Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Kampung Pandan akan dilencongkan melalui tiga laluan alternatif.

“Trafik menghala Bulatan Loke Yew perlu membuat pusingan U dan berpatah balik ke arah Bulatan Kampung Pandan melalui Jalan Tun Razak menghala ke pusat bandar.

“Dari arah Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pula perlu ke kiri selepas Kedutaan AS menghala Jalan U Thant melalui Jalan Penggawa-Jalan Wikham dan Jalan 1/76 Desa Pandan menuju ke Bulatan Kampung Pandan.

“Trafik dari arah Kedutaan AS juga boleh masuk susur kiri ke arah Jalan Bukit Bintang dan belok ke kanan di Prince Court Medical Centre melalui Jalan Imbi-Jalan Barat-Lingkaran TRX menuju ke Bulatan Kampung Pandan,” menurut kenyataan tersebut pada Jumaat.

Pada masa yang sama, DBKL turut mengingatkan agar pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi isyarat papan tanda sementara sebagai panduan untuk mengelakkan kekeliruan.

Artikel Berkaitan: