Alonso mahu teruskan legasi keluarga dalam Liga Juara-Juara

Alonso
Alonso
A
A
A

BEK Chelsea, Marco Alonso mahu meneruskan legasi cemerlang keluarganya dalam saingan Liga Juara-Juara dengan membantu skuad The Blues itu memenangani trofi berkenaan pada aksi final berdepan Manchester City, awal pagi nanti.

Menurut Alonso, kejayaan itu bakal menyamai pencapaian yang pernah dikecapi ayahnya, Marcos Alonso Pena dan mendiang datuknya, Marcos Alonso Imaz atau lebih dikenali sebagai Marquitos suatu ketika dahulu yang turut beraksi di pentas final kejohanan Eropah sebelum ini.

Malah katanya, mendiang datuknya, Marcos Alonso Imaz turut mencatat sejarah tersendiri apabila memenangi lima trofi terawal saingan Piala Eropah, bersama Real Madrid sebelum ia diikuti oleh ayahnya, Marcos Alonso Pena yang beraksi di pentas final bagi musim 1986, namun sekadar berpuas hati selakub naib juara apabila tumpas kepada Steaua Bucharest.

“Final Liga Juara-Juara kali ini cukup bermakna buat saya kerana berjaya mengulangi pencapaian datuk dan ayah saya, suatu ketika dahulu.

“Oleh itu, saya pastinya mahu memberikan aksi yang terbaik pada aksi final nanti dan mencatat sejarah legasi saya yang tersendiri,” katanya.

Alonso, 30, yang juga datang dari akademi bola sepak Real Madrid sebelum ini hanya masuk selaku pemain gantian ketika beraksi bersama skuad Los Blanco situ.

Alonso kemudiannnya berhijrah menyertai Boldon Wanderers pada 2011 ketika berusia 19 tahun, Sunderland, Fiorentina (Serie A) dan akhirnya mengikat kontrak bersama Chelsea pada musim 2016 lalu.

Selama beraksi dengan The Blues, Alonso telah membantu pasukan baharunya itu memenangi trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim pertamanya di Stamford Bridge di sebalik hanya membuat 15 penampilan dalam saingan EPL dan Liga Juara-Juara.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu bapanya, Alonso Pena berkata, Alonso sebelum ini turut menjaringkan gol ketika berdepan City dalam saingan EPL musim ini.

Bagaimanapun katanya, Alonso dilihat berkemungkinan besar akan diturunkan selaku pemain gantian pada aksi final itu nanti.

“Dia (Alonso), lebih merbahaya jika masuk selaku pemain gantian. Sebagai bekas pemain saya juga gembira kerana dia kini seorang pemain yang popular dan disayangi peminat,” katanya.