Jong-un naik kereta api ke Vietnam

Pertemuan itu dijangka berlangsung Rumah Tetamu Kerajaan di Hanoi.
A
A

HANOI - VIETNAM. Vietnam sedang melakukan persediaan untuk menyambut ketibaan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang menaiki kereta api untuk menghadiri sidang kemuncak kedua bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Hanoi pada minggu depan.

Persiapan itu didedahkan sumber yang mempunyai pengetahuan langsung tentang rancangan keselamatan dan logistik acara tersebut.

Perjalanan kereta api sejauh ribuan kilometer (km) itu dijangka mengambil masa dua hari setengah dari Pyongyang melalui China untuk ke Vietnam.

Ia kemudiannya akan berhenti di stesen sempadan di Dong Dang di mana Jong-un akan memandu kereta sejauh 170 km ke Hanoi.

Kedua-dua pemimpin tersebut dijadualkan bertemu di ibu negara Vietnam pada 27-28 Februari depan kira-kira lapan bulan selepas sidang kemuncak bersejarah di Singapura pada Jun lalu.

Ketika pertemuan pertama itu, Jong-un dan Trump mencapai persetujuan untuk melakukan proses nyahnuklear di Semenanjung Korea. - AFP