Perompak gagal letup mesin ATM

Cubaan dua lelaki melarikan sejumlah wang dengan cara meletupkan mesin ATM di sebuah bank daerah Khlung pagi tadi, gagal apabila peti simpanan wang itu tidak terbuka.
Cubaan dua lelaki melarikan sejumlah wang dengan cara meletupkan mesin ATM di sebuah bank daerah Khlung pagi tadi, gagal apabila peti simpanan wang itu tidak terbuka.
A
A
A

CHANTHABURI - THAILAND. Cubaan dua lelaki melarikan sejumlah wang dengan cara meletupkan mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di daerah Khlung awal pagi tadi gagal, apabila peti simpanan wang itu tidak terbuka.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kedua-dua suspek melarikan diri selepas dipercayai panik dengan letupan kuat yang menggegarkan ruang mesin ATM dan penyimpanan wang di bank berkenaan.

Impak letupan turut menyebabkan kerosakan pada dinding konkrit dan siling di premis tersebut.

Saksi berhampiran tempat kejadian berkata, dia mendengar bunyi letupan kuat sebelum melihat dua lelaki melarikan diri dengan sebuah motosikal berwarna biru.

Polis berkata, suspek menggunakan bom paip untuk meletupkan mesin berkenaan.

Difahamkan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan bagi mengenal pasti suspek. - Agensi

Artikel Berkaitan: