Menteri Luar Perancis guna istilah ‘aparteid’ rujuk Israel

Jean-Yves Le Drian
Jean-Yves Le Drian
A
A
A

PARIS - Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian menjadi pemimpin pertama di negara itu yang menggunakan istilah ‘aparteid’ untuk merujuk kepada Israel yang secara terang-terangan turut mengutuk sebarang dasar diskriminasi perkauman dilancarkan rejim Tel Aviv.

Definisi itu digunakan ketika beliau menzahirkan kebimbangan terhadap kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan wilayah yang diduduki mereka.

Le Drian turut memberi amaran risiko ‘aparteid secara berterusan’ jika konflik Israel-Palestin itu tidak diselesaikan.

“Situasi itu akan berlaku jika konflik tersebut gagal diatasi dengan penyelesaian dua negara dan jika Israel tetap berkeras untuk mengekalkan status quo,” tegasnya menerusi wawancara bersama RTL Radio dan akhbar Le Figaro pada Ahad.

Pada bulan lalu, kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) menyimpulkan Israel melakukan jenayah kemanusiaan dalam bentuk ‘aparteid dan penganiayaan’ terhadap penduduk Palestin.

Susulan itu, HRW merancang untuk mengemukakan laporan tersebut kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah melancarkan siasatan atas tuduhan sama ke atas rejim Tel Aviv. - Agensi

Artikel Berkaitan: