Kasih anak demi ibu tercinta

Muhammad Taufik meletakkan ibunya yang lumpuh di dalam bakul hadapan umpama membawa kanak-kanak kecil bagi memenuhi permintaan insan tercinta itu ke mana sahaja.
Muhammad Taufik meletakkan ibunya yang lumpuh di dalam bakul hadapan umpama membawa kanak-kanak kecil bagi memenuhi permintaan insan tercinta itu ke mana sahaja.
A
A
A

PASIR MAS - Berbekalkan sebuah motosikal, seorang anak sanggup meletakkan ibunya yang lumpuh di dalam bakul hadapan umpama membawa kanak-kanak kecil bagi memenuhi permintaan insan tercinta itu ke mana sahaja.

Itulah curahan kasih yang diterjemahkan oleh Muhammad Taufiq Sulaiman, 44, kepada ibunya Habshah Ngah, 83, yang lumpuh akibat penyakit saraf dan darah tinggi.

Bukan itu sahaja, Muhammad Taufiq yang merupakan tenaga pengajar di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Kampung Banggol Naim, Gelang Mas turut menguruskan semua kelengkapan ibunya seperti mandi, makan dan semuanya.

Muhammad Taufiq berkata, ibunya yang lebih mesra dengan panggilan chek hilang upaya untuk bergerak sejak empat tahun lalu selepas diserang penyakit saraf dan darah tinggi.