'Dine-in' dalam kenderaan tidak dibenarkan: KPDNHEP

Perkhdimatan 'dine in' dalam kenderaan tidak dibenarkan. - Foto Internet
Perkhdimatan 'dine in' dalam kenderaan tidak dibenarkan. - Foto Internet
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak membenarkan perkhidmatan 'dine-in' di dalam kenderaan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ini kerana belum ada prosedur operasi standard (SOP) yang membenarkan premis makanan menyediakan perkhidmatan seumpama itu.

"Jadi setakat ini selagi belum ada keputusan atau SOP baharu tentang ini (sediakan perkhidmatan 'dine-in' di dalam kenderaan) memang tidak bolehlah buat masa sekarang," katanya pada sidang akhbar Pengumuman (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2021 secara maya pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada perkhidmatan 'dine-in' di dalam kenderaan dibenarkan atau sebaliknya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail pada Ahad menegaskan premis makanan yang menyediakan layanan 'dine-in' di dalam kereta adalah melanggar SOP.

Jelasnya, tindakan kompaun boleh dikenakan ke atas pengusaha premis yang menyediakan layanan sedemikian.

Ia susulan tular di media sosial mengenai inisiatif baharu 'park-and-dine' yang menggantikan dine-in di restoran ekoran SOP mengekang penularan Covid-19 di Sarawak.

Menjelaskan lebih lanjut, Nanta berkata, idea untuk menyediakan perkhidmatan sedemikian kemungkinan timbul kerana memikirkan mereka yang berada di dalam kenderaan adalah satu keluarga dan tinggal di dalam rumah yang sama.

Artikel Berkaitan:

"Jadi, kemungkinanlah idea itu timbul. Tapi buat masa sekarang memang SOP tidak ada mengatakan boleh. Jadi tidak bolehlah," katanya.