UMNO lancar Tabung Muafakat Palestin

Tabung Muafakat Palestin yang dilancarkan UMNO pada Jumaat.
Tabung Muafakat Palestin yang dilancarkan UMNO pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - UMNO melancarkan Tabung Muafakat Palestin pada Jumaat bagi membantu perjuangan rakyat Palestin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tabung tersebut ditubuhkan atas persetujuan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ahli jawatankuasa pengurusan parti.

Beliau berkata, nama 'Muafakat' dipilih sebagai melambangkan ahli muafakat UMNO dan rakyat Malaysia dalam membantu permuafakatan perjuangan Palestin yang berhadapan dengan kezaliman rejim Israel.

“Presiden berkata, bersamalah kita menderma untuk perjuangan, kebajikan, pendidikan, pembangunan dan permuafakatan rakyat Palestin.

“Jika tidak banyak, maka berdermalah seberapa ikhlas yang anda mampu,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Twitter beliau pada Sabtu.

Ahmad berkata, UMNO juga telah melancarkan tabung dana aktiviti untuk digunakan bagi membantu mangsa banjir, bencana dan Covid-19 pada tahun 2019.

Beliau berkata, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan menerusi Tabuan Muafakat Palestin di nombor akaun 8604-750-523 (CIMB Islamic) dan Tabung Perjuangan di nombor akaun 860-3257-266 (CIMB Islamic).

“Terima kasih kerana menderma. Mohon anda sebarkan kepada semua," kata beliau.

Artikel Berkaitan: