Instafamous Israel 'koyak' berdepan fakta Caprice

Siaran langsung Instagram antara Caprice dan dua orang instafamous Israel pada Khamis menarik perhatian warganet.
Siaran langsung Instagram antara Caprice dan dua orang instafamous Israel pada Khamis menarik perhatian warganet.
A
A
A

SHAH ALAM - Siaran langsung antara penyanyi rap, Caprice bersama instafamous dari Israel, Shiraz dan Orin menerusi satu panggilan video di Instagram pada Khamis menarik perhatian warganet apabila wanita itu kelihatan 'koyak' sebaik diajukan beberapa soalan mengenai penjajahan di Palestin.

Meskipun sebelum siaran berlangsung, Caprice telah meminta semua peminat dan warganet yang ingin menonton sesi 'Live IG' itu supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan meminta semua mengawal emosi.

Berbeza dengan dua wanita itu apabila gagal mengawal emosinya dan sering dilihat meninggikan suara ketika Caprice mengajukan soalan berkaitan fakta mengenai Palestin dan Isreal.

Shiraz dilihat bengang apabila ditanya mengapa Israel mahu mengambil tanah Palestin sedangkan mereka hanya 'pendatang' dan jawapannya mudah kerana mereka tiada tempat tinggal untuk dituju dan mahu mengambil semula tanah mereka.

Meskipun dalam perdebatan selama hampir dua jam itu, Caprice dipuji warganet kerana kelihatan tenang mengawal situasi tegang dan tetap mengeluarkan fakta mengenai Palestin dan Israel sehingga ada masanya dua wanita terbabit terdiam seketika.

Pengguna Instagram turut meluahkan rasa kurang senang kepada Shiraz dan Orin kerana memutarbelitkan fakta dan memberi respons dengan kasar serta tidak menjawab pertanyaan dengan tepat.

Kata @kina2505, "Sepertinya Israel telah memutarbelitkan sejarah mereka. Mungkinkah pemerintah mereka mendidik tentang sejarah dan idealisme yang salah? Seperti mereka berfikir bahawa dunia semua membencinya dan berusaha untuk membunuh mereka sedangkan ia bukan seperti itu".

Tambah @silasalohi, "Tabik dengan Caprice, banyak perkara yang mereka tak jawab segala persoalan. Sebab nampak sangat banyak pembohongan dari Yahudi laknatullah ini. Usaha Caprice ini dapat buka mata semua orang. Tak pernah ikut tapi hari ini 'follow' Caprice kerana tular".

Artikel Berkaitan:

@durrahfarhaaa turut mempertahankan hak penduduk Palestin dengan memberitahu, "Itu tanah Palestin sebelum orang Yahudi masuk tanpa apa-apa atau pakaian apa pun, memohon agar mereka tinggal di tanah Palestin dan entah bagaimana Yahudi mula mendakwa itu adalah tanah mereka dan menjadikannya sebagai 'Israel'".

Ujar @shahdatulakmaa, "Anda mahu seseorang menghormati anda tetapi perlu cermin diri sendiri. Adakah anda menghormati orang lain?".

Warganet juga mengucapkan tahniah kepada Caprice kerana tampil proaktif menganjurkan 'Live IG' untuk memberi kesedaran dan fakta kepada umum khusus buat penduduk di Israel.

Sehingga kini, 'Live IG' itu telah mendapat 1,232,271 tontonan daripada warganet.