ASTAF gugur keahlian PSM

ASTAF
ASTAF
A
A
A

[DIKEMAS KINI ] PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) kini bukan lagi sebahagian daripada ahli gabungan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas badan induk itu.

Pengerusi Panel Jawatankuasa Disiplin (ASTAFDP), Yogender Singh Dahiya berkata, penyingkiran PSM itu berkuatkuasa serta-merta selepas beliau berpuas hati dengan penghujahan tiga saksi dikemukakan pihak pendakwaan yang diketuai John Vijayan Vasavan.

"Keputusan menyingkirkan PSM daripada ASTAF merupakan satu keputusan yang sukar. Namun, ia harus dilakukan demi peningkatan komuniti sukan sepak takraw selain mesej kepada komuniti sukan lain bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab sedemikian tidak boleh dimaafkan.

"Begitupun, PSM mempunyai tempoh 14 hari mengemukakan rayuan dan sekiranya gagal, PSM akan disingkir terus daripada gabungan ini. Namun sekiranya PSM bercadang merayu, yuran sebanyak AS$2,000 (RM8,292) akan dikenakan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Yogender berkata, keputusan itu dicapai selepas sesi pendengaran yang dijalankan secara maya yang turut membabitkan panel dari India, Indonesia, Iran, Jepun, Malaysia, Pakistan dan Thailand.

Dalam sesi pendengaran itu, PSM didapati bersalah susulan tindakan presidennya, Datuk Seri Ahmad Ismail atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 24 Februari lalu.

Pada 5 Mei lalu, ASTAF telah mengenakan hukuman penggantungan penggantungan selama 15 tahun dan denda AS$25,000 (RM102,937) ke atas Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Mat atas empat pertuduhan yang dikenakan.

Bagi pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, Tok Mat digantung masing-masing selama lima tahun daripada sepak takraw di peringkat tempatan dan antarabangsa sementara untuk pertuduhan keempat, beliau digantung selama 10 tahun daripada sepak takraw tempatan dan antarabangsa.

Artikel Berkaitan: