Laporan palsu kehilangan kad pengenalan meningkat

Arjunaidi Mohamed
Arjunaidi Mohamed
A
A
A

SHAH ALAM - Polis sedang menyiasat sebanyak 108 kes laporan palsu berkaitan kehilangan kad pengenalan sejak Januari hingga April lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, jumlah itu meningkat berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 60 kes sahaja yang disiasat.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 86 kes dituduh di mahkamah dan 82 kes lagi masih dalam siasatan sejak tahun lalu," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Arjunaidi berkata, sebab utama laporan polis palsu dibuat adalah kerana mahu mengelakkan diri daripada membayar denda atas kehilangan kad pengenalan yang berpunca daripada kecuaian.

"Bagaimanapun, pengecualian denda diberikan ke atas kes-kes jenayah seperti kecurian, samun dan ragut," katanya.

Beliau berkata, mengikut peruntukan undang-undang, mana-mana individu yang didapati membuat laporan polis palsu boleh disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan serta denda hingga RM 2,000 jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: