X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: PH Johor sedia berbincang dengan kerajaan negeri

PH Johor menjunjung titah Sultan Ibrahim yang mengajak semua ADUN dan ahli Parlimen di Johor untuk sama-sama berbincang masalah Covid-19 yang semakin meningkat.
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil berbincang bersama kerajaan negeri susulan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menerusi kenyataan dikeluarkan secara bersama melibatkan Pengerusi Parti Amanah Negara Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, PH Johor akan memberi komitmen penuh terhadap titah Sultan Ibrahim.

"PH Johor menjunjung titah Sultan Ibrahim yang mengajak semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen di negeri ini untuk sama-sama berbincang berkenaan masalah Covid-19 yang semakin meningkat.

"Justeru PH Johor bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil berbincang. Sebelum ini, PH Johor sudah berulang kali mencadangkan kepada kerajaan negeri agar mengadakan perbincangan tentang hal ini," kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, PH Johor menzahirkan penghargaan kepada Sultan Ibrahim yang cukup prihatin dengan masalah Covid-19 yang sedang melanda negeri ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Sultan Ibrahim seru perbincangan semua ahli Parlimen, ADUN


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!