Tunku Azizah berkenan kongsi cara buat 'chap' laksa spaghetti

Tunku Azizah berkenan kongsi cara buat 'chap' laksa spaghetti di Instagram rasminya pada Khamis.
Tunku Azizah berkenan kongsi cara buat 'chap' laksa spaghetti di Instagram rasminya pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Susulan berlakunya 'perang' antara laksa Johor dan laksa Kedah yang hangat diperkatakan dalam kalangan warganet sejak beberapa hari lalu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berkongsi cara membuat 'chap' laksa yang jarang didedahkan kepada umum.

Seri Paduka Baginda berkenan berkongsi cara membuat 'chap' laksa di akaun Instagram rasminya @airtangan_tunkuazizah pada Khamis.

"Kena minta maaf di sini, orang Johor pandai 'chap' laksa spaghetti tapi orang Pahang pandai 'chap' laksa tepung dan orang Terengganu pandai 'chap' laksa beras...

"Tapi sekarang tak ramai pandai 'chap'... saya pun kena belajar semula dengan Wokwok! Laksa tepung atau beras di masak atas kayu api, baunya sedap sangat!," titah Tunku Azizah.

Tunku Azizah juga bertitah, "Kita jangan bergaduh pasal laksa ok... tepuk dada tanya selera... ikan apa pun boleh, udang hidup, udang kering atau ikan masin, yang penting tumis betul-betul dan cukup rempah, main api sehingga naik minyak.

Tunku Azizah berkenan berkongsi cara buat 'chap' laksa spaghetti di Instagram rasminya pada Khamis.
Tunku Azizah berkenan berkongsi cara buat 'chap' laksa spaghetti di Instagram rasminya pada Khamis.

"Laksa Pahang pun sedap, saya gabungkan kuah Johor dan Pahang! Saya hidangkan bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spaghetti. Laksa pahang juga sedap sangat, tidak di tumis, cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah laksa Johor! Saya suka laksa beras dan laksa tepung dimasak atas kayu api, baunya sedap," titah baginda.

Seperti sedia maklum, laksa Johor tidak seperti laksa yang terdapat di negeri lain di mana laksa Johor tidak menggunakan ‘mi' laksa sebenar sebaliknya diganti dengan spaghetti.

Artikel Berkaitan:

Selain itu juga, keistimewaan laksa Johor ini adalah spaghetti yang digunakan dalam laksa tersebut akan di ‘chap’ atau digulung seperti sanggul sebelum ia dihidangkan.

Chap ini memudahkan orang ramai mengambil laksa dengan kuantiti sedia ada dan dibentuk seperti nombor lapan.

Seri Paduka Baginda juga berkenan berkongsi rakaman video cara membuat 'chap' spaghetti dan dibentuk seperti nombor lapan seakan sanggul.

Rata-rata warganet yang tidak tahu apa itu 'chap' tampil bertanyakan soalan berikutan tidak pernah mendengar perkataan 'chap' tersebut.

Tunku Azizah juga berkenan dan menasihatkan kepada orang ramai agar tidak mempertikaikan jenis ikan dalam masakan laksa kerana ia mengikut selera masing-masing.
Tunku Azizah juga berkenan dan menasihatkan kepada orang ramai agar tidak mempertikaikan jenis ikan dalam masakan laksa kerana ia mengikut selera masing-masing.

"Dan baru hari ini saya dapat perkataan baharu 'chap'. Terima kasih Tuanku," tulis @mango_comel.

Kata @royifazulmaldy, "Ampun Tuanku @airtangan_tunkuazizah, begitu juga cara chap laksa tepung beras atau gandum di Kuala Perlis, Perlis. Tidak ramai lagi yang pandai menggunakan seni chap laksa. Ampun Tuanku".

Ujar @ketmamel pula, "Macam kuantiti laksa tu... satu chap tu, satu genggam yang macam Tuanku bentukkan tu... kalau orang jual laksa, dia bentukkan macam itu susun teratur, kemudian jual ikut berat. Kalau kita nak makan, mudah nak ambil satu chap, dua chap laksa. Susah nak terang tapi harap faham".

Setelah dua jam video tersebut dimuat naik, ia ditonton lebih 239,108 tontonan dari warganet yang begitu teruja melihat ketelitian dan gaya bersahaja Tunku Azizah.

Baginda yang memiliki 1.3 juta pengikut di Instagram sering memuat naik video masakan.