Lelaki mati ditikam akibat terpijak kepala rakan sedang tidur

 Abdul Rahim
Abdul Rahim
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki maut dipercayai akibat ditikam dengan sejenis senjata tajam gara-gara terpijak kepala rakannya yang sedang tidur dalam sebuah reban ayam di Kampung Che Arus Bukit Merbau, Kok Lanas di sini.

Mangsa berusia 38 tahun dipercayai ke lokasi kejadian untuk bertemu dengan suspek yang juga rakannya itu sebelum ditikam oleh suspek yang marah kerana mangsa terpijak kepalanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam kejadian sekitar jam 11.46 malam itu, mangsa bersama ayah sepupunya datang ke rumah salah seorang ahli keluarga mereka dan mangsa mencari suspek di lokasi kejadian.

"Suspek bekerja sebagai penjaga ayam dan tinggal di kawasan reban berkenaan sejak awal tahun ini. Selepas 16 minit, ayah sepupu mangsa didatangi suspek yang kemudian memberitahu bahawa dia telah menikam mangsa berhampiran reban ayam terletak di belakang rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Difahamkan mangsa ke lokasi kejadian untuk bertemu rakannya itu dan dipercayai ditikam dengan senjata berkemungkinan golok kecil berdasarkan sarung senjata itu yang ditemui di tempat kejadian.

Abdul Rahim berkata, suspek kemudian menghilangkan diri dan polis sedang mengesannya sementara mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Dalam pada itu katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan sebarang maklumat mengenai suspek boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Yusnita Yaacob d italian 09-7752200.

Artikel Berkaitan: