Kedai alat ganti kereta musnah dalam kebakaran

Anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah kedai alat ganti kereta di Pekan Tanjong Karang di sini pada Rabu.
Anggota bomba sedang memadam kebakaran sebuah kedai alat ganti kereta di Pekan Tanjong Karang di sini pada Rabu.
A
A
A

TANJONG KARANG - Sebuah kedai alat ganti kereta dua tingkat musnah dalam kebakaran di Pekan Tanjong Karang di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.54 petang.

Menurutnya, seramai 23 anggota bomba dari tiga Balai Bomba Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Sekinchan dikejarkan ke tempat kejadian.

"Laporan awal mendapati kebakaran membabitkan bangunan kelas A berkeluasan 20x70 kaki persegi," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Hafisham berkata, kerja-kerja pemadaman ketika ini sedang giat dijalankan dengan anggaran kemusnahan 70 peratus.

"Tiada mangsa tercedera dalam kejadian ini. Siasatan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: