Mayat kanak-kanak lemas ditemui terapung di tali air

Mayat Badrol Azhan Nizam ditemui berdekatan lokasi Muhammad Fakrullah ditemui dalam tali air di Kampung Gelam, Tanjung Minyak, pada pagi Rabu.
Mayat Badrol Azhan Nizam ditemui berdekatan lokasi Muhammad Fakrullah ditemui dalam tali air di Kampung Gelam, Tanjung Minyak, pada pagi Rabu.
A
A
A

MELAKA - Kanak-kanak yang hillang ketika mandi bersama rakannya pada petang Selasa akhirnya ditemui dipercayai lemas di tali air Kampung Gelam, Tanjung Minyak, pada pagi Rabu.

Mayat Badrol Azhan Nizam Bachik,9, ditemui Pasukan Mukti -Skill Team (MUST) Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 9.35 pagi selepas lebih 15 jam mayat rakannya, Muhammad Fakrullah Rozami ditemui pada petang Selasa.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang dilaporkan hilang dijalankan semula di dalam air berdekatan mangsa pertama ditemui sebelum pasukan itu menemui kepala terapung di kawasan tali air.

"Kita membuat penukaran strategi pencarian pada pagi ini iaitu darat dan air dari jam 7 hingga mangsa berjaya ditemui pagi ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mayat mangsa dihantar ke Hopsital Melaka untuk bedah siasat.

Dalam kejadian petang Selasa, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun mati dipercayai akibat lemas ketika mandi di tali air di kampung Gelam, Tanjung Minyak di sini.

Mayat mangsa berusia 9 tahun ditemui pasukan bomba kira-kira jam 9.35 pagi di kawasan tali air Kampung Gelam, Tanjung Minyak, pada Rabu.
Mayat mangsa berusia 9 tahun ditemui pasukan bomba kira-kira jam 9.35 pagi di kawasan tali air Kampung Gelam, Tanjung Minyak, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Muhammad Fakrullah Rozami dan kembarnya serta seorang lagi rakan berusia sembilan tahun dipercayai mandi di tali air tersebut yang terletak kira-kira 1.6 kilometer dari rumah mereka.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Budak lelaki lemas, rakan belum ditemui