X

Kindly register in order to view this article
!

Makmal ujian Covid-19 Gaza dibedil tentera Israel

Tentera Israel meneruskan serangan ke atas penduduk Palestin di Gaza.
A
A

BANDAR GAZA - Ujian saringan Covid-19 tidak lagi dilakukan di Gaza pada Selasa selepas satu-satunya makmal bagi mengesan pandemik itu dibedil dalam serangan udara tentera Israel, kata pihak berkuasa tempatan.

Sebahagian bangunan Klinik Al-Rimal yang menempatkan makmal itu musnah manakala Kementerian Kesihatan Gaza dan pejabat Palang Merah Qatar turut menjadi sasaran bedilan tentera udara Israel.

Kakitangan perubatan di kementerian tersebut turut cedera yang sebahagiannya kritikal, kata Timbalan Menteri Kesihatan Gaza, Yousef Abu al-Rish kepada pemberita.

Jurucakap kementerian tersebut, Ashraf Qidra berkata, serangan Israel itu telah menjejaskan usaha-usaha Kementerian Kesihatan untuk menghadapi ancaman pandemik Covid-19.

"Serangan itu menyebabkan ujian (Covid-19) terhenti di makmal," katanya seperti dilaporkan oleh AFP.

Sebelum serangan udara tentera Israel pada minggu lalu, pihak berkuasa di Gaza melakukan ujian saringan terhadap kira-kira 1,600 penduduk Gaza setiap hari.

Kira-kira dua juta penduduk tinggal di Gaza.

Setakat ini, 122,000 dos telah diterima di Gaza, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!