X

Kindly register in order to view this article
!

Ziarah raya: Norman, Abby Abadi direkod keterangan

Norman Hakim dan Abby Abadi antara lima individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan susulan dakwaan ingkar SOP PKP kerana ziarah raya, baru-baru ini.
A
A

AMPANG - Polis telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi susulan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana berziarah raya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan kelima-lima individu itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi, Selasa.

"Sehingga kini pihak Polis Ampang Jaya telah merakam keterangan lima orang termasuk selebriti dan tuan rumah.

"Kes masih dalam tindakan dan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar keluarga selebriti terbabit menyambut hari raya bersama yang disyaki tidak tinggal serumah.

Difahamkan kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang, di sini membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

Pada Isnin, Mohamad Farouk berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kes terbabit.

Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 [P.U.(A) 225/2021].


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!