X

Kindly register in order to view this article
!

Khairul Aming sumbang RM10,000 hasil jualan sambal bantu Palestin

Selain menghasilkan ‘content’ masakan, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman, turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan jenamanya sendiri "Sambal Nyet by Khairul Aming".
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Selebriti masakan media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman telah menyumbang RM10,000 ke tabung Palestin iaitu Tabung Cinta Gaza daripada hasil jualan Sambal Nyet Berapi keluarannya.

Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai KhairulAming, 29, turut memuat naik gambar resit sumbangan yang berjumlah RM10,000 ke tabung berkenaan di Twitter rasminya.

Beliau turut berharap sumbangan itu boleh meringankan beban saudara sesama Muslim di bumi Palestin malah turut mengajak orang ramai untuk melakukan perkara yang sama.

"RM10,000 dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin. Diharapkan sedikit sebanyak boleh ringankan beban saudara di sana.

"Seperti yang disyorkan oleh banyak orang, kami sudah salurkan derma tersebut ke akaun Tabung Cinta Gaza Malaysia. Sesiapa yang nak sertai sekali boleh klik link ni. Sama-sama kita bantu," ciapnya pantas menarik perhatian warganet.

Rata-rata warganet turut mendoakan agar KhairulAming terus dilimpahi rezeki dan membantu lebih ramai golongan memerlukan selain menyebarkan kebaikan.

Pada awal tahun ini, KhairulAming menceburi bidang perniagaan apabila dia mengambil keputusan untuk melancarkan produk sambal jenamanya iaitu Sambal Nyet Berapi.

Lebih mengagumkan apabila ia mencatatkan jualan yang agak tinggi iaitu 10,000 botol hanya dalam tempoh 54 minit pada hari pertama pelancarannya.

Malah merekodkan jualannya telah mencecah RM1 juta dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Khairul turut memuat naik foto resit sumbangan berjumlah RM10,000 itu sebagai bukti sumbangan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!