X

Kindly register in order to view this article
!

Polis siasat video tular ramai berkumpul, ziarah Aidilfitri

Polis menjalankan siasatan berhubung sambutan hari raya Aidilfitri yang diadakan secara beramai-ramai di sebuah rumah di Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini baru-baru ini.
A
A

KLANG - Polis menjalankan siasatan berhubung sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan secara beramai-ramai di sebuah rumah di Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, perkara itu dikesan pihaknya susulan tular di media sosial pada Ahad.

"Polis telah menjalankan siasatan di bawah Peraturan 17 PU (A) 225/2021 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Siasatan diteruskan dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dengan segera," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menerusi rakaman video tersebut, dikesan terdapat ramai orang berkumpul dalam satu ruangan di sebuah rumah ketika sambutan hari raya sedangkan SOP jelas mengatakan tiada aktiviti ziarah menziarahi dibenarkan.

Perkongsian video lantas mendapat kecaman netizen yang menzahirkan rasa tidak puas hati kerana masih ada pihak yang tidak patuh dengan arahan ditetapkan.

Untuk rekod, sebanyak 4,446 kes positif Covid-19 dengan 45 kematian direkodkan pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif sebanyak 43,506 kes dengan 1,947 kematian.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!