Yeop tewas kepada pasukan lebih baik: Jurulatih

Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic
A
A

"KITA tewas pada pasukan yang lebih baik," itu reaksi ketua jurulatih Perak Mehmed Durakovic bagi mengulas kekalahan 1-5 kepada Ulsan Hyundai pada aksi ketiga pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Ulsan Munsu, malam tadi.

Durakovic berkata, kesebelasan skuad The Bos Gaurua itu telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan, namun tuah nyata lebih memihak kepada tuan rumah.

"Bukan mudah sebenarnya untuk berdepan pasukan seperti Ulsan Hyundai.

"Namun saya tetap berbangga kerana semua pemain telah beraksi dengan baik," katanya sejurus tamat perlawanan.

Aksi perlawanan antara Perak dengan Ulsan Hyundai. - Foto instagram theafchub
Aksi perlawanan antara Perak dengan Ulsan Hyundai. - Foto instagram theafchub

Dalam pada itu, Durakovic berharap agar kesebelasan anak didiknya mendapat pengalaman yang cukup berguna daripada perlawanan berkenaan.

Justeru katanya, pengalaman berkenaan dilihat mampu memberikan manfaat kepada pemain untuk kembali mengharungi kempen saingan Liga Malaysia (Liga-M), kelak.

"Pemain kita dah biasa beraksi dengan iklim panas dan tidak biasa beraksi dalam cuaca sejuk.

"Namun sebenarnya kita tewas kepada pasukan yang jauh lebih baik," katanya.