X

Kindly register in order to view this article
!

4 kedai sederet di Parit Raja terbakar

Empat kedai sederet dijilat api di Parit Raja pada Ahad.
A
A

BATU PAHAT - Deretan kedai terdiri daripada empat premis setingkat di Parit Raja di sini, terbakar pada malam Ahad.

Kebakaran itu membabitkan dua premis kedai menjual aksesori telefon, satu premis kedai makan dan satu premis kedai kasut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penguasa Bomba Kanan II Ahmad Murad Sa'ad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 11.43 malam.

Katanya, 25 anggota bersama tiga jentera dari BBP Ayer Hitam, BBP Penggaram dan BBP Batu Pahat dikerahkan ke lokasi.

"Anggota berjaya mengawal kebakaran dan menyelamatkan sebuah kedai daripada musnah dijilat api. Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 1.30 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Tiada kecederaan dilaporkan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!