Michael Ang puji Drama Band

Michael Ang
Michael Ang
A
A
A

RAMAI yang menghemtam kumpulan Drama Band apabila tampil dengan lagu baharunya 'Drama' yang dikatakan mempersendakan beberapa selebriti tempatan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat dan artis terlibat.

Namun pengarah terkenal, Michael Ang pula sebaliknya memuji idea yang dilakukan oleh kumpulan Drama Band bagi mempromosikan lagu terbaharu mereka itu.

Menerusi entri di Instagram (IG), Michael beranggapan tindakan yang dilakukan oleh kumpulan Drama Band adalah sesuatu yang bijak.

"Drama Band kau memang pandai, selalunya kalau lagu baru keluar dan nak keluarkan dekat radio kena tunggu beberapa bulan baru radio main.

"Sekarang lagu kau keluar terus main dekat radio, sebab kau pandai. Pandai kau guna kontroversi untuk kontroversikan korang punya muzik video. Tapi perlu ke terasa orang cuma parodikan sahaja. Itu pun sensitif sangat. Malaysia ni memang sensitif sangat lah.

"Apa apa pun @dramabandmy memang pandai melariskan lagu! He he he he, saya sayang kamu (luv you all)," katanya.

Drama Band
Drama Band

Sebelum ini, kumpulan Drama Band menerima kritikan hebat daripada netizen apabila muzik video terbaharu mereka berjudul Drama dikatakan menyindir Haqiem Rusli, Nabila Razali dan bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Klip video sentap: Tiada kaitan dengan mana-mana individu

Malah pendapat itu disokong oleh rata-rata pengikut pengarah tersebut, malah penyanyi kumpulan itu, Aepul Roza turut mengucapkan terima kasih dengan pandangan yang dilontarkan Michael itu.

"Ha ha ha terima kasih Mike," tulisnya.

"Ha ha ha, aku suka komen kau Mike! Dan lagu ini pun sedap," tulis meera_alyahya pula.

"Lagipun sudah menyebut tiada kena-mengena dengan sesiapakan... 'chill' sahajalah," tulis zilazala

"Zaman sekarang ini orang paling takut akan kebenaran... Dan yang dah terjadi sudah pun terjadi... Apa nak buat nak... Nasi sudah menjadi bubur... Berfikiran terbuka sahajalah, gurau-gurau... Lepas ini jangan buat hal lagi ok," tulis chintaa_laura.

"Kata hiburan Malaysia... Layan sahajalah... Nama pun tajuk drama, takkan nak buat cerita pasal benda lain... Nama pun artis, jadi diorang nak hiburkan industri hiburan Malaysia... Apapun pun bagus lagu Drama Band," tulis queiqbal pula.

Menerusi IG rasmi kumpulan Drama Band, muzik video yang diterbitkan oleh mereka telah berjaya mendapat lebih 300,000 tontonan di channel YouTube dan kini sedang menjadi video keempat trending di Malaysia.