X

Kindly register in order to view this article
!

Leicester City cipta sejarah tersendiri

Pemain-pemain Leicester City meraikan kejayaan menjulang trofi Piala FA selepas menewaskan Chelsea dalam aksi final di Wembley.
A
A

LEICESTER City mencipta sejarah tersendiri apabila menjulang kejuaraan Piala FA setelah mengatasi kelab pilihan Chelsea 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Jaringan babak kedua pemain tengah Belgium, Youri Tielemans sudah cukup membolehkan The Foxes mendakap kejuaraan pertama pertandingan tersebut sekali gus sejarah sepanjang 137 tahun kelab berkenaan.

Leicester City sebelum ini mencipta sejarah tersendiri apabila menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL)

2015/16 sekali gus mengejutkan gergasi Inggeris lain seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea pada ketika itu.

Untuk rekod, penampilan kelima final kejuaraan yang menawarkan slot saingan ke Eropah musim depan ini juga mengakhiri kemarau kali terakhir The Foxes berada di pentas final sejak 52 tahun lalu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!