X

Kindly register in order to view this article
!

Puteri Diana dinobat wanita diraja dengan wajah paling sempurna

Diana dan Ratu Rania menduduki dua tempat teratas. - Foto Reuters/ wikipedia
A
A

MENDIANG Puteri Diana ditabalkan sebagai wanita dari anggota keluarga diraja dengan wajah paling menarik, berdasarkan kiraan nisbah yang dibangunkan oleh masyarakat Yunani kuno untuk mengukur kesempurnaan fizikal.

Portal berita Daily Mail melaporkan, raut wajah Diana itu malahan menewaskan Permaisuri Rania dari Jordan dan dua menantunya, Kate Middleton dan Meghan Markle.

Seorang pakar bedah plastik bernama Dr. Julian De Silva menggunakan versi digital nisbah berkenaan dalam penyelidikannya dan hasilnya, Diana menduduki tempat pertama dengan skor 89 peratus.

Bentuk wajahnya, termasuk ukuran dan kedudukan bibir, hidung, dagu, dan garis rahang dilihat paling sesuai dengan nisbah ideal.

“Diana mendapat skor tertinggi untuk bentuk wajahnya, lebar hidungnya, kening, dahi dan alisnya. Skor terendahnya adalah pada dagu dan bibirnya. Bibirnya agak nipis dan tidak terlalu jelas dan dagunya kurang ideal berbanding wanita lain," kata De Silva

Ratu Rania dari Jordan pula wanita diraja yang masih hidup dengan wajah paling sempurna dengan penilaian 88.9%.

"Dia mendapat nilai tertinggi dari dagunya yang paling hampir dengan ideal dan juga bibirnya. Skornya rendah kerana lebar hidung dan kawasan keningnya, ” ujar De Silva.

Bekas bintang Hollywood dan Puteri Monaco ini memperoleh skor 88.8%. Dia mendapat markah tertinggi untuk jarak matanya, yang nampaknya hampir ideal dengan skor 99.8%. Bibirnya juga mendapat markah tinggi.

Meghan Markle pula di tempat keempat dengan skor 87.4%. Pakar memujinya kerana simetri wajahnya yang hampir sempurna dengan hidung dan dagu yang berbentuk ideal yang paling hampir dengan standard ideal masyarakat Yunani.

Bakal permaisuri Britain ini pula di tempat kelima dengan skor 86.82%. Biarpun di tempat terakhir dalam senarai ini, jarak antara hidung dan bibirnya serta jarak mata dianggap oleh pakar sebagai hampir sempurna. - Astro Awani


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!