X

Kindly register in order to view this article
!

Pasangan warga emas tinggal dalam hutan asnaf LZS

Saipolyazan memuat naik status di Facebook beliau pada Sabtu.
A
A

SHAH ALAM - Pasangan warga emas yang tinggal di hutan di Estate Sungai Remok, Kali Batang, Hulu Selangor merupakan asnaf fakir berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan Mat Yusop berkata, berdasarkan rekod, pasangan itu juga menerima bantuan kewangan sebanyak RM400 sebulan selain bantuan makanan bulanan sejak tahun 2016.

"Keluarga ini juga menerima Bantuan Hari Raya sejak 2016," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau, pada Sabtu.

Saipolyazan menegaskan, rumah pasangan tersebut dibina di tanah milik individu lain dan bantuan membina rumah asnaf tidak boleh diberikan kepada keluarga berkenaan.

Mengulas lanjut dakwaan pasangan warga emas yang memaklumkan anaknya tinggal di perantauan, Saipolyazan berkata, siasatan LZS sebelum ini menunjukkan ada anak keluarga itu tinggal berdekatan.

"Sejak awal dikesan, LZS dan Penolong Amil Kariah telah memujuk pasangan itu untuk berpindah.

"Pada 2019 sekali lagi LZS memujuk mereka untuk berpindah ke rumah lebih selesa dan semua kos serta sewa bulanan akan dibantu LZS namun mereka masih mahu terus tinggal di rumah tersebut.

"Mereka menolak tawaran tersebut melalui surat pada 17 Jun 2020," katanya.

Sebelum ini sebuah stesen televisyen swasta melaporkan pasangan warga emas berkenaan tinggal dalam keadaan daif di Estate Sungai Remok, Kali Batang, Hulu Selangor.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!